12 perkara yg harus diikuti


hello tajuk entri kali ini bukan hanya 12 jer,tapi banyak perkara yg perlu dibuat atau xperlu buat jom baca kt bawah ini:

1) Mak saya ajar lepas MAKAN harus jilat jari kerana terdapat ENZIM pada jari yang dapat mencernakan makanan dengan cepat.

2) Mak saya ajar lepas MAKAN perlu membasuh PINGGAN sendiri tidak boleh dibiarkan di dalam singki kerana boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria.

3) Mak saya ajar tunggu orang lain selesai MAKAN dahulu baru kemas meja,ini untuk menunjukkan agar kita BERSOPAN terhadap orang lain.

4) Mak saya ajar apabila mahu masuk dalam RUMAH hendaklah memberi SALAM supaya SYAITAN tidak ikut masuk sekali dalam rumah.

5) Mak saya ajar sebelum TIDUR basuh KAKI supaya tidak mengigau.

6) Mak saya kata RUMAHKU SYURGAKU,rumah  mestilah kemas  dan bersih kerana MALAIKAT suka akan rumah yang bersih.

7) Mak saya kata tidak boleh memakai earphone @ headphone ketika hendak TIDUR kerana ia akan merosakkan PENDENGARAN.

8) Mak saya kata organ dalaman haiwan tidak elok dimakan bagi yang masih belajar kerana ia akan melemahkan OTAK.

9) Mak saya kata tidak elok juga makan makanan MASAM bagi yang masih belajar kerana ia akan mengecutkan OTAK.

10) Mak  saya kata tidak boleh kasihankan binatang yang kena SEMBELIH kerana itu memang makanan kita.

11) Mak saya kata tidak boleh MENGADU DOMBA kerana itu adalah DOSA BESAR.

12) Mak saya kata Buat baik berpada-pada,Buat jahat jangan sekali..(ingat tuh ye kawan-kawan)

Sekian 

1 comment:

HRC Casing said...

wah ! nice information lah ! like it ! thank you ;)

♛KLIK SEMUA KALAU ANDA BLOGGER♛