Jom belajar peribahasa & simpulan bahasa

Nitez all....


    Now saya nk kongsikan sedikit peribahasa yg dahulunya popular di kalangan orang tua-tua,
Peribahasa ini mempunyai kata-kata yg indah yg boleh diletakkan dlm karangan BM or BI...


   Dulu masa saya sekolah saya suka taruh peribahasa ini untuk memanjangkan karangan..uhuuu
saya rasa tentu ramai yg da lupa akan peribahasa ini trmsuklah saya...


   selamat membaca...hehe


1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging  Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri Maksud : Sombong

5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur.

6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.





Simpulan Bahasa


15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati Maksud : Tidak sombong

17. murah hati Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosongcMaksud : Hampa.



20.  lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

21. bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

22.  anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 

No comments:

♛KLIK SEMUA KALAU ANDA BLOGGER♛