Hari nih aku n family akak aku g litar sepang untk myksikan perlumbaan motogp,best woo..1st aku g tgok live.
dengan panaz teriknya aku gagahkan jua untuk pegi myksikan motogp,aku dri ampang nk g sepang kira-kira 1jam stgh atau lebih ade kot nk cmpai sana...
Yg lawaknye sblum nk msok tuh yeop trtinggal TIKET kt atas kete.huh naseb bek la xdew org amik.,kteowg un tgu la kjap yeop amik tiket,masuk pye msuk ngan berasak2 lgi,ramai giler insan2 peminat motogp..da smpai di pintu utama,bgi la tiket,pstuh nk tw ape jdi kteowg pun patah la balik coz bukan itu tiket utk motogp,tiket motogp kene pegi atas lagi nek bas n then tgu la bas,huh capek asenye hye Tuhan je tau betapa nk pengsan dgn pnz teriknya lagi,muka aku pon jdi merah..huh
| Tiket masuk |
Pastuh suda sampai nek bas dah la kene berimpit2,smpai kt litar sepang motogp dlm 20minit adew kot,coz jem giler..Kteowg un msuk la ke litar 2,prlumbaan sudah pun bermula jalan2 cari tmpt duduk last2 kene duk kt tangga,jadiler asalkan dpt duduk...
Perlumbaan pertama sudah pun habis,tgu prlumbaan kedua pulak,dkt setengah jam jgk la tgu P2..sudah pun bermula..kteowg pun bersorak la untuk menyokong..
Tiba je di lp ke-2 Pemain Itali Marco Simoncelli gagal mmbetulkan kedudukan motogp yg menyebabkan dy kena langgar dgn pemain lain,3 buah motogp terlibat dlm kemalangan tersebut.
Berita tersebut:
![]() |
| Gambar Marco Simoncelli >Born: 20 January 1987, Cattolica, Italy >125 Championship: 2002-05, 2 wins
|
Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.
Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
sumber dari Bernama
Erm tuh jela yg aku tahu,perlawanan terpaksa dibatalkan..aku pun pulang dgn keadaan yg hampa n dukacita,wlaupun dy bkn pmain dri Negara ini..Takziah kpd keluarga marco







No comments:
Post a Comment